Pertama sekali ianya bermula dari mandi sunat hari raya puasa.. mandi ini special sikit sebab kita sudah boleh mandi bermula sebaik sahaja jam selepas 12 tgh malam . Senanag cerita pukul satu pagi tu dah boleh mandi..ha..gitu..
Keduanya disunat supaya menunaikan sembahyang Hari Raya 'Eidilfitri. Sembahyang ini walaupun sunat tetapi wajib berjemaah. Bukan itu sahaja jemaahnya pula dituntut semua muslim tak kira perempuan. lelaki. Malah kanak-kanak, orang tua muallaf semua digalakkan datang.
Perkara yang dituntut pula seperti;
1) Pakai baju baru tapi kata ustaz jangan pakai selipar baru ke masjid...alamatlah hilang
2) Pergi masjid ikut jalan yang berbeza..p jalan jauh baik jalan dekat..
3) Lawat saudara muslim lain..generasi muda seelok-eloknya melawat saudara yang lebih
dewasa. Baru cantik.....bukan golongan muda sekumpulan muda sahaja......
Itulah ringkasnya tazkirah sebelum sunat terawih.... moga generasi sekarang dengan kecanggihan teknologi facebook , friendster, myspacenya menjadikan hubungan saudara semuslim lagi bertambah erat. Wassalam.......
No comments:
Post a Comment